RAHSIA PENJIMATAN ELEKTRIK TERBONGKAR!

Selesa di rumah?

KAYA

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Ahad, 30 Mac 2014

APRIL FOOL! Kenapa tak boleh sambut?


 Esok 1 April 2014.

WARNING! JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DI'TIPU' & 
JANGAN MENIPU ORANG LAIN...! BERDOSA!

Assalamualaikum wbt!

Rasa sekejap je masa berlalu, kan?
Rasa macam baru je semalam kita celebrate Tahun Baru 2014.
Tup tap tup tap dah nak masuk April dah.
Dulu selalu jugak mengenakan orang sampai la satu tahap
Majlis Fatwa mengeluarkan hukum pasal
menyambut April Fool ni bagi umat ISLAM.

Jom baca bawah ni.
Maklumat diperoleh dari blog lain.
Ditulis semula di blog ni.

TQ to: 

================================

Fatwa dan Hukum Menyambut April Fool


Dr. Yusuf al-Qardawi menyebut :

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]


Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.


Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.




RENUNG-RENUNGKAN... :)

Ahad, 16 Mac 2014

VIDEO KEMALANGAN ELEKTRIK VOLTAN 250K YANG MENGERIKAN!


Pernah nampak secara LIVE tak bagaimana
dan apa akan terjadi jika manusia
terkena renjatan elektrik 250K.

AWAS!

Jangan tengok jika anda mempunyai SAKIT JANTUNG dll.



Yang ini pulak, terkena renjatan elektrik ketika sedang menyelamatkan kawan lain yang terkena renjatan elektrik. PS: Bahaya berada di mana-mana.. Oleh itu, kita semua perlu tahu serba sedikit tentang ilmu-ilmu keselamatan ketika mengendalikan mangsa yang terkena renjatan elektrik.

Jumaat, 14 Mac 2014

MENGELUH TERPAKSA MEMBAYAR BIL LETRIK SEHINGGA RM300 SEBULAN?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 



PERNAH TAK ANDA MENGELUH TERPAKSA MEMBAYAR BIL LETRIK
SEHINGGA RM200 - RM300 SEBULAN?

BANYAK TU.....!!

Kami ada sedikit tips yang telah dikongsi oleh sorang member alam maya kami.

Jom baca ni.. Tulisan Encik Anuar melalui website beliau: Coretan Anuar.


---------------------------------------------------------------------------------------

"Sharing Is Caring, kan?"

"Apabila mereka bertanya kepada saya, berapa paling banyak bil elektrik yang pernah saya bayar??
Saya jawab dalam RM150.00, tapi kebiasannya sekitar RM60-RM80 sebulan...."


Mereka bertanya lagi kepada saya, kenapa bil elektrik di rumah saya begitu rendah berbanding 
bil elektrik di rumah mereka??

TIP#1 - Guna Aircond mengikut keperluan sahaja.
Saya jawab, ikut penggunaan... Walaupun saya ada penghawa dingin dekat rumah, 
tapi takderlah saya onkan penghawa dingin 24 jam... 
Macam tu juga dengan penggunaan alat elektrik yang lain, 
guna apabila ada keperluan sahaja... 


TIP#2 - Kumpul baju yang hendak diseterika - seterika sekali harung.

Contohnya ketika kita menggosok pakaian... Nak gosok pakaian pun ada tekniknya juga... 

Kalau boleh dalam sehari kita kumpul semua baju untuk digosok, gosok sekali sahaja dan matikan suis seterika apabila semua baju telah selesai di gosok.... 

Jangan gosok sehelai baju, lepas tu offkan iron... Lepas tu nak gosok baju yang lain, onkan balik dan offkan balik selepas selesai menggosok... dan seterusnya... Keadaan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak, disebabkan setiap kali nak menggosok sehelai baju, kita terpaksa memanaskan semula iron yang telah sejuk.... ;)

TIP#3 - Sentiasa Mengkaji Tariff Elektrik.

Selepas itu, mereka bertanya lagi.... Kenapa bil elektrik di rumah mereka meningkat dua kali ganda berbanding sebelum ini?
Tengok gambar ni:



Saya menjawab, keadaan ini berlaku disebabkan 
perubahan tarif blok penggunaan elektrik yang telah dilaksanakan oleh TNB.

Dulu tarif penggunaan elektrik untuk blok pertama agak besar berbanding sekarang.
Sekarang ni tarif penggunaan elektrik untuk setiap blok telah dikecilkan.
Contohnya untuk blok pertama, sekarang telah dihadkan kepada 1-200 KWh sahaja, 
berbanding sebelum ini yang jauh lebih besar.

(Cuma saya tak ingat berapa had kadar penggunaan elektrik bagi blok pertama)..

Apa bendanya kWh ni? Macamana nak dapatkan nilai tersebut?

kWh ni ialah Kilo Watt Hour atau dalam bahasa Melayunya kilo Watt jam.
Tenaga elektrik yang kita gunakan di rumah dalam tempoh satu jam.
Nak dapatkan nilai tenaga, caranya ialah dengan mendarabkan Voltan dan Arus yang kita gunakan pada setiap peralatan elektrik..
Voltan X Arus = Watt

Contohnya penggunaan tenaga elektrik untuk mengecas bateri Komputer Riba... 

Voltan x Arus = Watt
19.5V x 3.34A = 65.13W

Tarif penggunaan elektrik: 
1000W/Jam = 21.8sen
1W/Jam = 21.8sen/1000
 = 0.0218sen

65.13W/Jam = 0.0218sen x 65.13W 
= 1.142sen / Jam

Jadi, kadar penggunana tenaga elektrik untuk mengecas bateri Komputer riba anda 
ialah sebanyak RM1.142 sen/jam... 

Sekiranya anda nak buka perniagaan seperti Cyber Cafe, pasaraya, 
mini runcit dan sebagainya, anda perlu turut mengambil kira kos penggunaan elektrik di kedai anda, 
supaya anda dapat menaggarkan keuntungan yang bakal anda perolehi.

Sekiranya seorang peniaga tidak berminat nak ambil tahu kos penggunaan elektrik 
untuk perniagaan mereka, tidak hairanlah ada perniagaan yang terpaksa gulung tikar 
disebabkan kegagalan mereka membayar bil elektrik yang tertunggak.... 

Macamanan nak jimatkan bil elektrik di rumah anda?

Saya syorkan supaya anda membaca buku-buku atau ebook yang dijual dipasaran tentang cara untuk menjimatkan tenaga elektrik.

Tak rugi anda membaca. Dengan pembacaan anda, 

mungkin dapat membantu anda menjimatkan 

penggunaan tenaga elektrik sehingga RM30 - RM50 sebulan.

-

-
-
-
-
-

DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA DISINI:


======>>> Panduan Keselamatan Penggunaan Elektrik Di Rumah


ATAU 

DAPATKAN PANDUAN COMPLETE BAGAIMANA 
NAK JIMATKAN ELEKTRIK DI RUMAH ANDA CARA PRO.

(TANPA MENGGUNAKAN APA2 ALAT TAMBAHAN)


KLIK GAMBAR NI:

Perkongsian Ikhlas,


Admin
Hazmi Aircond & Electrical Services
013-3780812 / 017-6995828

Isnin, 10 Mac 2014

#pray4MH370 - Apa RAHSIA di sebalik gambar Pembantu Juruterbang Pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid bersama Richard Quest ni?


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera sahabat2 blogger sekelian.

Macam-macam berita dah kita dengar berkaitan Misteri Kehilangan Pesawat MH370 ni kan.

Akhir sekali admin dengar dari rancangan khas misi mencari MH370 semalam (10 Mar 2014) di TV3,
kata-kata Kapten Norudin seperti redha dengan apa yang berlaku sekali gus menyentapkan perasaan pengacara rancangan tersebut.

"saya percaya, hanya ikhtiar org-org tertentu sahaja mampu 'menjelmakan' MH370. Siapa dia? Dialah orang-orang yang soleh..' - Kapten Norudin Abd Majid..

Admin agak sentap jugak dengan kata-kata Kapten tu.

Sebesar mana secanggih mana teknologi yang kita gunakan.
Janganlah lupa, AKHIRNYA kita kene berserah jugak dengan ALLAH..

ALLAH MAHA BERKUASA dari SEGALA2NYA.

----------------------------------------------------------

Ok... Masa admin berblog-walking tadi. Admin tertarik dengan satu artikel ni.
Tak tahu mana sumber asli (ori) tapi admin nak ambil sedikit la yang mungkin
boleh masuk akal dalam Misteri Kehilangan Pesawat MH370 ni.



Ini adalah gambar Pembantu Juruterbang Pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid bersama Richard Quest.

Gambar ni diambil pada 19 Feb 2014 dimana ketika itu mereka sedang mengadakan penggambaran rancangan program CNN Business Traveller dan ia membabitkan pesawat MH370 (pesawat yg hilang sekarang ni)

Nampak macam ada perancangan di sini dari pihak Amerika Syarikat.

Yang paling menggerunkan ialah Richard Quest ni ada rekod buruk.

Siapa Richard Quest ni?
-rekod tahanan pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang-pemilikan dadah 'meth'
-Di CNN kononnya beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan beliau berkelulusan undang-undang!


Pelik kan? Okey ni antara kesilapan atau ketersasulan berita dari pihak Richard Quest ketika 
ditemubual dalam rancangan anjuran CNN berkaitan kehilangan pesawat MH370 ni.

JOM BACA... (sumber dari blog org lain)  

Video 1: Richard Quest - I flew with missing first officer of MH370.

(00:32) And now ships, air and sea rescue from both Vietnam and Malaysia and Singapore is also involved, China would also  get involved. The US forces who are in that area could be involved too. Everybody will be in a coordinated ATTACK (gugup dan membetulkan semula ayat kepada: ATTEMPT) to try and find exactly where this aircraft is in the water.."

Apakah yang sedang bermain dalam kepala Richard Quest sehingga tersasul dan berkata "coordinated attack?". Apakah ini prosedur 'Search & Rescue' atau 'Search & Destroy'?

(00:54) Pembaca berita kepada Richard Quest: "Now Richard let's talk a little bit more about that co-pilot Fariq Hamid. You actually sat in a cockpit of a similar aircraft just a few days ago.."

(1:18) We were (flying).. filming, (gugup membetulkan semula ayat: HAD AUTHORISED) had authorised filming for CNN Business Traveller, and we were on the cockpit.."

Richard Quest dan Anderson Cooper nampaknya bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa insiden-insiden ini diterima oleh penonton sebagai insiden 'kebetulan' dan penggambaran CNN Business Traveller tersebut mendapat pengesahan rasmi dari pihak berkuasa. Dengan lain perkataan ia bukannya suatu operasi 'covert' rahsia perisikan Amerika Syarikat.


  • Video #2: Richard Quest: Malaysia Airlines MH370 jet was 'at safest point' in flight.

Pada saat pembuka kata (00:03) video #2, Anderson Cooper sudah tersasul.

Anderson Cooper: "We're now bringing in Richard Quest who has 'ACTUALLY' (gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson mengubah ayat kepada "secara kebetulan..")  has been shooting a story on the "airline" (Penerbangan Malaysia) and has spent time with the airline's CEO..."


  • Video #3: Where is Malaysia Airlines Flight 370? Traces of oil seen in area of last contact .

Pada video #3 kita melihat pelbagai aspek pencerobohan keselamatan pesawat MH370 diperbincangkan & Rene Marsh koresponden CNN memberi isyarat dan justifikasi tentang keperluan untuk badan penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation Safety Board - NTSB).

Beliau membuat konotasi bahawa negara-negara di rantau ini tidak mempunyai kepakaran yang memadai untuk menangani krisis yang sebegini dan negara-negara yang lebih besar, maju dan berkemampuan (Amerika Syarikat) seharusnya mengetuai penyiasatan tersebut.

Menurut John Goglia, "pakar aviasi" dari NTSB, agensi induk AS yang menyiasat kemalangan kapal terbang, "Ketiadaan panggilan kecemasan mencadangkan bahawa kapal terbang sama ada mengalami penyahmampatan letupan atau telah dimusnahkan oleh bahan letupan."

” Ia harus berlaku cepat kerana tidak ada komunikasi, ” kata Goglia. Beliau berkata identiti palsu kedua-dua penumpang kuat mencadangkan kemungkinan bom. “Itu bendera merah (Red Flag) yang besar,” menurutnya.

----------------------------

Sekian!

Sama2 la kita mendoakan keselamatan mangsa2  yang terlibat.

Ikhlas,
Admin
Hazmi Aircond & Electrical Services

#pray4MH370 - Empat faktor boleh kait kehilangan pesawat MH370





KUALA LUMPUR: Terdapat empat faktor kemungkinan yang boleh menyebabkan sesuatu bencana berlaku terhadap mana-mana pesawat termasuk MH370, kata penganalisis penerbangan, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


"Antara perkara yang perlu dipertimbangkan ialah struktur kapal terbang, kegagalan enjin, sistem elektronik termasuk sistem komunikasi, selain kesilapan manusia," jelasnya dalam temubul bersama Astro Awani malam tadi.

Menurut beliau keadaan struktur pesawat dan kegagalan fungsi enjin secara mengejut juga mungkin menjadi antara penyebab pesawat tersebut gagal menghantar sebarang isyarat kecemasan kepada menara kawalan.

Setiausaha Politik kepada Presiden PAS itu juga berkata, sekiranya struktur utama pesawat seperti sayap dan enjin masih lagi sempurna biarpun berlaku kerosakan, ia masih mampu untuk berhubung dengan pusat kawalan terdekat.

"Jika enjin dan struktur kapal terbang masih lagi baik, bermakna terdapat peluang untuk juruterbang berhubung dengan menara kawalan. Namun, fakta ini hanya kemungkinan kerana kita tidak mengetahui sejauh mana juruterbang berhubung atau tidak dengan pusat kawalan.

"Bagaimanapun, jika berlaku perkara-perkara yang mengejutkan pada enjin atau letupan boleh menyebabkan sistem kawalan berada di luar kawalan biasa sehingga menyebabkan terputusnya hubungan," katanya.

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/

------------------

Ya Allah, andai mereka masih di langit, turunkanlah
Andai mereka berada di lautan, timbulkanlah,



Amiin ya Rabbal Alamin..

Kami dari pihak Hazmi Aircond & Electrical Services

berharap agar sahabat-sahabat semua bersabar dengan dugaan ni ye.

Ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada kita.