Assalamualaikum member blog
HAZMI AIRCOND & ELECTRICAL SERVICES
Mulai hari ni, kami akan update blog kami
berkenaan semua perkara berkaitan penghawa dingin.
Yela, takkan nak biarkan BLOG ni berhabuk sebab tiada siapa
yang nak datang ziarah.
So, selain menjalankan perniagaan,
Kami juga ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu
atau pengalaman-pengalaman
yang boleh dijadikan iktibar atau sebagai ilmu pengetahuan
yang mungkin perlu anda tahu..
Jika ada dikalangan geng yang pakar dalam dunia
SERVIS & MAINTENANCE aircond ni,
Boleh la bersama-sama kami menyumbang ilmu
kepada semua orang mengenai kepakaran kita ni ye.
OOOOKKKAAAYYY....
Lets move to our FIRST INFO...
---------------------------------------
Siapa tahu apa itu PENGHAWA DINGIN atau PENYAMAN UDARA
atau dalam BAHASA JAWA kita panggil AIRCOND?
>>Cuba angkat tangan sikit siapa yang tau....?
Definisi penyaman udara
>> Penyaman udara adalah merujuk kepada
peralatan, sistem dan mekanisma
yang direkabentuk untuk menstabilkan suhu udara (air temperature)
dan persekitaran (humidity) sesuatu kawasan.
Prinsip yang digunakan
>>Prinsip Kitaran Penyejukan (Refrigerant Cycle)
>> 4 Komponen penting dalam kitaran penyejukan ialah:
1) Pemampat (Compressor)
2) Pemeluwap (Condensation)
3) Peranti Pemeteran
4) Penyejat (Evaporation)
>> Kitaran penyejukan asas :: Suatu kitaran yang menunjukkan bagaimana wap bahan pendingin disedut oleh pemampat
dan dinyahcas ke pemeluwap.
:: Pemeluwap kemudiannya akan menyingkir haba yang diserap oleh penyejat ke ruang sekeliling.
:: Wap bahan pendingin akan kembali ke bentuk cecair setelah haba disingkirkan semasa di pemeluwap.
:: Cecair bahan pendingin kemudian akan masuk ke penyejat melalui peranti pemeteran.
:: Fungsi utama peranti pemeteran ialah untuk mengawal jumlah bahan pendingin
yang masuk ke dalam penyejat.
:: Di penyejat, haba dalam bilik atau ruang peyejukan akan diserap oleh cecair bahan pendingin.
:: Maka berlakunya proses sejatan yang membolehkan cecair bahan pendingin bertukar ke bentuk wap.
--------------------------------
Okey untuk UPDATE seterusnya, kami akan ajak anda sama-sama mengkaji
setiap komponen yang terdapat dalam sistem kitaran penyejukan.
--------------------------------
Mintak RESTU blog-blog yang kami jadikan rujukan:
>>Budak Aircond Poli Ungku Omar
>>ILP Labuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan