RAHSIA PENJIMATAN ELEKTRIK TERBONGKAR!

Selesa di rumah?

KAYA

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Khamis, 27 Februari 2014

Tokoh-tokoh Elektrik



Tarikh hari ini adalah 28 Februari 2014.
Cepat betul masa berlalu ye.
Hari ini, jom kita #throwback sekejap.
Asyik bercerita pasal aircond pun bosan jugak kan?

Hari ini Hazmi Aircond nak kongsi nama-nama tokoh 
yang terlibat dalam memulakan penggunaan elektrik
untuk kegunaan dan kesenangan kita sekarang ni.

Senarai-senarai tokoh elektrik

1) Michael Faraday
2) Alexander Graham Bell
3) George Simon Ohm
4) Nikola Tesla

Jom kita kaji siapa mereka sebenarnya dan 
apa jenis sumbangan setiap seorang daripada mereka.

1) Michael Faraday


-Dilahirkan pada 22 September 1791 dan tarikh kematian beliau adalah pada 25 Ogos 1867.
-Berasal dari England
-Berkerakyatan British

==>> SUMBANGAN: Mengkaji bidang elektromagnetisme & elektrokimia

Michael Faraday mengkaji medan magnet sekitar konduktor membawa arus terus. 
Semasa menjalankan kajian ini, Michael Faraday mengesahkan asas untuk konsep medan elektromagnet dalam fizik, kemudiannya diperluaskan oleh James Maxwell
Beliau juga menjumpai aruhan elektromagnet, diamagnetisme, dan hukum elektrolisis. 
Beliau mengesahkan bahawa magnetisme dapat mempengaruhi sinaran cahaya dan terdapat hubungan dasar antara dua fenomena. 
Rekaan alatan putaran elektromagnet membentuk asas teknologi motor elektrik, dan ia banyak disebabkan hasil usahanya bahawa tenaga elektrik menjadi berdaya saing untuk digunakan dalam teknologi.


2) Alexander Graham Bell



-Dilahirkan pada 3 Mac 1847 dan tarikh kematian beliau adalah pada 2 Ogos 1922.
-Berasal dari Edinburgh, Scotland.

==>> SUMBANGAN: Menghasilkan telefon.

Alexander Graham Bell ialah seorang saintispencipta dan pembawa pembaharuan
Sungguhpun paling dikenali kerana mencipta telefon, Bell juga digelar "bapa orang-orang pekak". 
Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah dikaitkan dengan kerja-kerja berkaitan pengicapan dan perbualan, manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak.
Ia amat mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam.
Kajian Bell mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876.

Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk kajian perintisan dalam hidrofoil dan aeronautik
Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas Persatuan National Geographic.
Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau. 
Sewaktu Bell meninggal dunia, semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan komunikasi mewujudkan telefon."

3) George Simon Ohm


-Dilahirkan pada 16 Mac 1789 dan tarikh kematian beliau adalah pada 6 Julai 1854.
-Berasal dari Erlangen, Jerman.

==>> SUMBANGAN: Bertemu dengan kewujudan Hukum Ohm

Dengan menggunakan peralatan hasil ciptaannya sendiri, Ohm berhasil menemukan hukum asas elektrik yang menjadi dasar bagi lahirnya teori-teori elektrik yang lain. 
Teori elektrik yang ditemukan oleh Ohm itu disebut sebagai Hukum Ohm, yang menyatakan bahawa besar arus yang mengalir dalam rangkaian tertutup adalah berkadar terus dengan jumlah keupayaan yang terdapat pada jepit catu daya dan berkadar songsang dengan jumlah rintangan yang dilaluinya (I=V/R).
Malangnya, ketika Ohm menerbitkan penemuannya pada tahun 1827, penemuannya itu diperkecilkan oleh rakan sekerjanya dan dia terpaksa mengundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru sekolah menengah. 
Namun, pada tahun 1833 ia dilantik sebagai profesor di Universiti Nurenberg.

4) Nikola Tesla


-Dilahirkan pada 10 Julai 1856 dan tarikh kematian beliau adalah pada 7 Januari 1943.
-Berasal dari Smiljan,Croatia-Empayar Austrian 

==>> SUMBANGAN: Penciptaan barangan elektrik pengguna.

Kerja penyelidikannya merupakan asas penciptaan arus elektrik ulang-alik yang digunakan oleh kebanyakan perkakas elektrik hari ini. 
Beliau merupakan penyumbang utama di dalam penciptaan barangan elektrik pengguna serta lebih dikenali hasil daripada penyelidikannya yang menghasilkan revolusi di dalam pembangunan bidang elektromagnetik pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. 
Paten dan teori kerja beliau menjadi asas kepada teori arus ulang-alik moden, sistem kuasa elektrik termasuk sistem polifasa elektrik yang digunakan dalam pengagihan elektrik
Tesla pernah menjadi pembantu kepada Thomas Edison.
Unit ukuran SI untuk medan magnet B (juga dirujuk sebagai ketumpatan fluks magnet dan induksi magnet), dikenali sebagai tesla. Ia dinamakan sempena menghormati sumbangan beliau di dalam kemajuan bidang elektrik.

----------------------------------
Dah kenal dengan pengasas-pengasas dan tokoh-tokoh yang terlibat
dalam penghasilan elektrik di dunia kita?

Sebarang bantuan untuk pemasangan elektrik (wiring) 
atau masalah berkaitan aircond, boleh terus hubungi kami:

Hazmi Aircond & Electrical Services

013-3780812 / 017-6995828
(sekitar Selangor shj)



Selasa, 25 Februari 2014

Panduan Memilih Jenis Aircond Rumah




APAKAH YANG PERLU KITA AMBIL BERAT
SEBELUM MEMBELI AIRCOND BARU?

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger sekalian.

Post kali ni, kami akan berkongsi TIP-TIP yang perlu kita ambil tahu
dalam memilih jenis aircond yang sesuai untuk kediaman kita.

Kadang-kadang dan kebanyakan daripada kita tidak mengambil berat 
dalam urusan pembelian aircond. Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil kira
supaya aircond yang kita gunakan untuk kediaman kita nanti sesuai dan memenuhi citarasa
yang kita idamkan.

Contohnya, ruang rumah yang besar tetapi menggunakan 
aircond berkapasiti kecil (1hp).
Sudah semestinya rumah anda tidak sesejuk seperti yang diimpikan.

Baiklah, jom baca senarai-senarai yang perlu kita ALERT 
sebelum membuat keputusan.

A) SAIZ BILIK

-Kenalpasti saiz bilik atau rumah anda..
-Saiz ruang yang besar memerlukan aircond berkapasiti lebih besar.

B) BILANGAN PENGGUNA

-Setiap orang mengeluarkan haba pada kadar 500 BTU/jam untuk aktiviti biasa. 
-Lebih ramai orang bermakna lebih banyak haba yang dikeluarkan. 
-Oleh itu, pemilihan penyaman udara dengan kapasiti pendinginan yang sesuai haruslah dititikberatkan supaya haba dapat dipindahkan keluar dengan sebaik mungkin dan setiap pengguna dapat merasa selesa.
C) JENAMA

-Sudah pasti jenama yang telah kukuh dan establish dipasaran akan menjadi pilihan utama kita.
-Namun begitu, faktor tahan lama dan tidak mudah rosak adalah bergantung kepada 
cara kita menggunakannya dan kekerapan servis berkala terhadap
aircond tersebut.

D) JAMINAN

-Paling penting sebelum bersetuju membeli unit aircond tersebut ialah
jaminan dari syarikat.
-Pastikan anda mendapat jaminan (selalunya 5 tahun) dari pihak syarikat pengeluar 
aircond anda.
-Ini kerana, jika berlaku kerosakan dalam tempoh waranti,
anda masih boleh mendapatkan ganti rugi secara PERCUMA.
-Biasanya jaminan pemampat (compressor) aircond anda adalah 5 tahun
manakala untuk komponen lain adalah 1 tahun sahaja.

E) TEKNIK PEMASARAN SYARIKAT

-Setiap syarikat pengeluar pasti akan menjalankan
promosi yang bakal membuatkan anda terpesona.
-Jangan risau, apa yang penting ia mampu memuaskan
kehendak anda.


Sebagai penutup, ingin kami terangkan disini bahawa jenama tidak semestinya
menjamin tahan lama aircond anda.
Pastikan anda mendapatkan konsultan dari kedai tempat anda membeli aircond tersebut.
Nyatakan satu-persatu kehendak anda yang perlu dipenuhi supaya anda puas hati 
selepas membeli dan menggunakannya.

Sekian,
Terima kasih..

Ikhlas,
HAZMI AIRCOND & ELECTRICAL SERVICES



Kepakaran kami ialah memastikan penghawa dingin
dikediaman anda sentiasa berada dalam keadaan baik.
Kami menjalankan chemical services, trouble shooting, wiring,
pemasangan lampu dan kipas di rumah anda.

Hanya berkhidmat disekitar
Lembah Klang sahaja.

Jumaat, 14 Februari 2014

TIPS PENJAGAAN AIRCOND - Servis Aircond Sendiri

Assalamualaikum wbt &
 Salam Sejahtera sahabat-sahabat BLOGGER sekalian.




Hari ini kami ingin berkongsi TEKNIK-TEKNIK

SERVIS AIRCOND SECARA PERCUMA! 

Kenapa PERCUMA? 

Kerana kami ingin mengajar anda cara-cara atau teknik simpel menservis aircond sendiri tanpa bantuan TECHNICIAN. 

Paling PENTING, aktiviti ini memerlukan kerajinan dari pihak diri anda sendiri, ye. 

NOW! Let take a look.






Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan SERVIS AIRCOND ni? 

Secara ASAS nya, SERVIS aircond melibatkan aktiviti-aktiviti berikut: 

1)MENGELUARKAN COOLING COIL UNTUK DICUCI 
2)MENUKAR INJAP AIRCOND 
3)MEMERIKSA HOSE DAN TUKAR JIKA BOCOR 
4)MENAMPAL BOCOR PADA KONDENSER 
5)MENGISI MINYAK KOMPRESSOR 
6)MENGETATKAN GETAH TALISAWAT KOMPRESSOR 
7)MENUKAR SENSOR SUHU JIKA PERLU 
8)TUKAR TABUNG GAS 
9)MEMASTIKAN KIPAS AIRCOND BERPUSING LANCAR 

Apa? Tak berapa nak FAHAM? 

Okay, jom kita tengok satu persatu. 

Ni antara part-part yang perlu anda ambil tahu: 

FILTER 
Di bahagian INDOOR UNIT, filter ni adalah sayap tempat angin keluar dari aircond kita. 
Buka & Tarik FILTER keluar. 
Biasanya FILTER ini penuh dengan habuk. 
Cuci sahaja dengan air bersih atau bersama sabun. 

TERMINAL COMPARTMENT 
Ini adalah bahagian atau tempat dimana sambungan elektrik dilakukan. 
Cuba perhatikan ada apa-apa yang longgar atau terbakar?
Jika ada, anda perlulah menggantikan alat yang rosak itu. 

BODY INDOOR 
Kat sekitar unit indoor anda tu, rajin-rajinlah lap sikit ye. 
Memadailah dengan mengelap menggunakan kain basah. Berhabuk kan? nanti kene selsema pulak. 

OUTDOOR (CONDENSER) 
Okey, ni outdoor. Unit yang diletakkan di luar rumah atau bilik kita. 
Cara cuci senang je.Sembur je dengan Aluminium Coil Cleaner. 
(kalau takde benda alah tu. Just cuci je dengan air biasa.)
Pancut bagi kuat supaya kotoran hilang. 

LAIN-LAIN BAHAGIAN 
Lap biasa-biasa je dengan kain basah. 

AMARAN! Jangan sentuh part elektrik yang lain. 
Nanti rosak siapa yang nak bertanggungjawab? 

TOPUP GAS 
PERINGATAN! 
Gas R22 takkan berkurang jika tidak berlaku sebarang kebocoran pada paip aircond. 
Hati-hati dengan tipu helah TECHNICIAN. 
PASTIKAN anda tanya TECHNICIAN berapa pressure (psi) yang masih tinggal pada aircond anda. 

ELAKKAN dari di caj RM60 (60psi) tanpa kita ketahui alasannya.

-------------------------------------------
Ini antara serba sedikit INFO IKHLAS dari kami. 

AWAS! 

Jika aircond anda:
TERLALU TINGGI, 
TERLALU BERADA DI TEMPAT BAHAYA, 
TERLALU BERHABUK TAHAP KRITIKAL. 

Panggil sahaja TECHNICIAN untuk membantu anda melakukan servis. 
Boleh je minta bantuan saya (berbayar la ye) 

CALL JE : 
013-3780812 / 017-6995828 HAZMI AIRCOND & ELECTRICAL SERVICES 
Kami hanya berkhidmat di sekitar Selangor sahaja. 
Luar kawasan takkan di layan.