RAHSIA PENJIMATAN ELEKTRIK TERBONGKAR!

Selesa di rumah?

KAYA

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Khamis, 27 Februari 2014

Tokoh-tokoh Elektrik



Tarikh hari ini adalah 28 Februari 2014.
Cepat betul masa berlalu ye.
Hari ini, jom kita #throwback sekejap.
Asyik bercerita pasal aircond pun bosan jugak kan?

Hari ini Hazmi Aircond nak kongsi nama-nama tokoh 
yang terlibat dalam memulakan penggunaan elektrik
untuk kegunaan dan kesenangan kita sekarang ni.

Senarai-senarai tokoh elektrik

1) Michael Faraday
2) Alexander Graham Bell
3) George Simon Ohm
4) Nikola Tesla

Jom kita kaji siapa mereka sebenarnya dan 
apa jenis sumbangan setiap seorang daripada mereka.

1) Michael Faraday


-Dilahirkan pada 22 September 1791 dan tarikh kematian beliau adalah pada 25 Ogos 1867.
-Berasal dari England
-Berkerakyatan British

==>> SUMBANGAN: Mengkaji bidang elektromagnetisme & elektrokimia

Michael Faraday mengkaji medan magnet sekitar konduktor membawa arus terus. 
Semasa menjalankan kajian ini, Michael Faraday mengesahkan asas untuk konsep medan elektromagnet dalam fizik, kemudiannya diperluaskan oleh James Maxwell
Beliau juga menjumpai aruhan elektromagnet, diamagnetisme, dan hukum elektrolisis. 
Beliau mengesahkan bahawa magnetisme dapat mempengaruhi sinaran cahaya dan terdapat hubungan dasar antara dua fenomena. 
Rekaan alatan putaran elektromagnet membentuk asas teknologi motor elektrik, dan ia banyak disebabkan hasil usahanya bahawa tenaga elektrik menjadi berdaya saing untuk digunakan dalam teknologi.


2) Alexander Graham Bell



-Dilahirkan pada 3 Mac 1847 dan tarikh kematian beliau adalah pada 2 Ogos 1922.
-Berasal dari Edinburgh, Scotland.

==>> SUMBANGAN: Menghasilkan telefon.

Alexander Graham Bell ialah seorang saintispencipta dan pembawa pembaharuan
Sungguhpun paling dikenali kerana mencipta telefon, Bell juga digelar "bapa orang-orang pekak". 
Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah dikaitkan dengan kerja-kerja berkaitan pengicapan dan perbualan, manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak.
Ia amat mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam.
Kajian Bell mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876.

Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk kajian perintisan dalam hidrofoil dan aeronautik
Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas Persatuan National Geographic.
Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau. 
Sewaktu Bell meninggal dunia, semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan komunikasi mewujudkan telefon."

3) George Simon Ohm


-Dilahirkan pada 16 Mac 1789 dan tarikh kematian beliau adalah pada 6 Julai 1854.
-Berasal dari Erlangen, Jerman.

==>> SUMBANGAN: Bertemu dengan kewujudan Hukum Ohm

Dengan menggunakan peralatan hasil ciptaannya sendiri, Ohm berhasil menemukan hukum asas elektrik yang menjadi dasar bagi lahirnya teori-teori elektrik yang lain. 
Teori elektrik yang ditemukan oleh Ohm itu disebut sebagai Hukum Ohm, yang menyatakan bahawa besar arus yang mengalir dalam rangkaian tertutup adalah berkadar terus dengan jumlah keupayaan yang terdapat pada jepit catu daya dan berkadar songsang dengan jumlah rintangan yang dilaluinya (I=V/R).
Malangnya, ketika Ohm menerbitkan penemuannya pada tahun 1827, penemuannya itu diperkecilkan oleh rakan sekerjanya dan dia terpaksa mengundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru sekolah menengah. 
Namun, pada tahun 1833 ia dilantik sebagai profesor di Universiti Nurenberg.

4) Nikola Tesla


-Dilahirkan pada 10 Julai 1856 dan tarikh kematian beliau adalah pada 7 Januari 1943.
-Berasal dari Smiljan,Croatia-Empayar Austrian 

==>> SUMBANGAN: Penciptaan barangan elektrik pengguna.

Kerja penyelidikannya merupakan asas penciptaan arus elektrik ulang-alik yang digunakan oleh kebanyakan perkakas elektrik hari ini. 
Beliau merupakan penyumbang utama di dalam penciptaan barangan elektrik pengguna serta lebih dikenali hasil daripada penyelidikannya yang menghasilkan revolusi di dalam pembangunan bidang elektromagnetik pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. 
Paten dan teori kerja beliau menjadi asas kepada teori arus ulang-alik moden, sistem kuasa elektrik termasuk sistem polifasa elektrik yang digunakan dalam pengagihan elektrik
Tesla pernah menjadi pembantu kepada Thomas Edison.
Unit ukuran SI untuk medan magnet B (juga dirujuk sebagai ketumpatan fluks magnet dan induksi magnet), dikenali sebagai tesla. Ia dinamakan sempena menghormati sumbangan beliau di dalam kemajuan bidang elektrik.

----------------------------------
Dah kenal dengan pengasas-pengasas dan tokoh-tokoh yang terlibat
dalam penghasilan elektrik di dunia kita?

Sebarang bantuan untuk pemasangan elektrik (wiring) 
atau masalah berkaitan aircond, boleh terus hubungi kami:

Hazmi Aircond & Electrical Services

013-3780812 / 017-6995828
(sekitar Selangor shj)



1 ulasan: