RAHSIA PENJIMATAN ELEKTRIK TERBONGKAR!

Selesa di rumah?

KAYA

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Selasa, 25 Februari 2014

Panduan Memilih Jenis Aircond Rumah




APAKAH YANG PERLU KITA AMBIL BERAT
SEBELUM MEMBELI AIRCOND BARU?

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger sekalian.

Post kali ni, kami akan berkongsi TIP-TIP yang perlu kita ambil tahu
dalam memilih jenis aircond yang sesuai untuk kediaman kita.

Kadang-kadang dan kebanyakan daripada kita tidak mengambil berat 
dalam urusan pembelian aircond. Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil kira
supaya aircond yang kita gunakan untuk kediaman kita nanti sesuai dan memenuhi citarasa
yang kita idamkan.

Contohnya, ruang rumah yang besar tetapi menggunakan 
aircond berkapasiti kecil (1hp).
Sudah semestinya rumah anda tidak sesejuk seperti yang diimpikan.

Baiklah, jom baca senarai-senarai yang perlu kita ALERT 
sebelum membuat keputusan.

A) SAIZ BILIK

-Kenalpasti saiz bilik atau rumah anda..
-Saiz ruang yang besar memerlukan aircond berkapasiti lebih besar.

B) BILANGAN PENGGUNA

-Setiap orang mengeluarkan haba pada kadar 500 BTU/jam untuk aktiviti biasa. 
-Lebih ramai orang bermakna lebih banyak haba yang dikeluarkan. 
-Oleh itu, pemilihan penyaman udara dengan kapasiti pendinginan yang sesuai haruslah dititikberatkan supaya haba dapat dipindahkan keluar dengan sebaik mungkin dan setiap pengguna dapat merasa selesa.
C) JENAMA

-Sudah pasti jenama yang telah kukuh dan establish dipasaran akan menjadi pilihan utama kita.
-Namun begitu, faktor tahan lama dan tidak mudah rosak adalah bergantung kepada 
cara kita menggunakannya dan kekerapan servis berkala terhadap
aircond tersebut.

D) JAMINAN

-Paling penting sebelum bersetuju membeli unit aircond tersebut ialah
jaminan dari syarikat.
-Pastikan anda mendapat jaminan (selalunya 5 tahun) dari pihak syarikat pengeluar 
aircond anda.
-Ini kerana, jika berlaku kerosakan dalam tempoh waranti,
anda masih boleh mendapatkan ganti rugi secara PERCUMA.
-Biasanya jaminan pemampat (compressor) aircond anda adalah 5 tahun
manakala untuk komponen lain adalah 1 tahun sahaja.

E) TEKNIK PEMASARAN SYARIKAT

-Setiap syarikat pengeluar pasti akan menjalankan
promosi yang bakal membuatkan anda terpesona.
-Jangan risau, apa yang penting ia mampu memuaskan
kehendak anda.


Sebagai penutup, ingin kami terangkan disini bahawa jenama tidak semestinya
menjamin tahan lama aircond anda.
Pastikan anda mendapatkan konsultan dari kedai tempat anda membeli aircond tersebut.
Nyatakan satu-persatu kehendak anda yang perlu dipenuhi supaya anda puas hati 
selepas membeli dan menggunakannya.

Sekian,
Terima kasih..

Ikhlas,
HAZMI AIRCOND & ELECTRICAL SERVICES



Kepakaran kami ialah memastikan penghawa dingin
dikediaman anda sentiasa berada dalam keadaan baik.
Kami menjalankan chemical services, trouble shooting, wiring,
pemasangan lampu dan kipas di rumah anda.

Hanya berkhidmat disekitar
Lembah Klang sahaja.

1 ulasan:

  1. The 7 best free roulette sites 2021 | jtmhub.com
    Play online roulette 인천광역 출장안마 with real dealers on 광주광역 출장안마 desktop or 문경 출장안마 mobile devices. The 7 best free roulette sites 2021 | 거제 출장샵 jtmhub.com. 시흥 출장샵

    BalasPadam